Kembara Hidup [Part 1]



Kembara Hidup

Part 1


Pagi yang hening. Aku hanya sendirian di pondok kecil berhampiran kediaman kolej. Melihat indahnya ciptaan tuhan. Pagi yang begitu nyaman udara untuk dihirup, dingin saja suhunya untuk dinikmati. Pemandangan yang begitu indah. Namun, sedikit saja manusia yang menikmatinya. Lagi ramai yang rela dinoda dengan nafsu tidur. Walaupun hakikat sebenarnya, 5 jam sahaja sudah memadai. Apatah lagi dalam Islam, tidak digalakkan selepas waktu subuh. “Mungkin mereka tidak tahu agaknya,” cetus hati kecilku. Namun, tidak kurang juga mereka yang sedar dengan hakikat ini, bahkan tahu keburukan perkara ini, namun tidak terdaya dek kerana perkara ini sudah dijadikan adat dalam kehidupan.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Hembus.

Teringat pula kisah si burung yang berpagi-pagi lagi keluar mencari makanan untuk diri dan anak-anak. Risau bila lewat keluar, terlepas rezki pada hari tersebut. Sayangnya, tak ramai yang ambil ibrah dari kisah tersebut.

“Oi, buat apa tu Mad? Tengah mengelamun ke?” jerit Syafiq dari tingkap bilik. Dia merupakan sahabat yang terbaik pernah aku ada. Kelas, makan, minum semuanya sekali dengan dia.

“Tak lah, tengah tengok tv,” ujar aku yang bersoloroh pada pagi hari.

“Lucu nya sangat-sangat,” balas Syafiq.

“Jom bersiap. Kelas pukul 8,”

Aku melihat jam tepat 7.30 pagi. Memang selalunya begitulah. Segala persiapan yang aku lakukan, untuk buat kerja mahupan ke kelas awalnya hanya 30 minit. Nak mandi, nak siapkan assignment, presentation hatta nak sarapan pun dalam jangka masa tersebut. Maklumlah, hero tak tergesa-gesa, last minit baru muncul. Tapi, itu hakikat dalam filem. Tapi digunakan dalam kehidupan seharian. Ataupun mungkin kerana lelaki sifatnya macam tu kot. Boleh terima ke? Entah lah.
___________________


Aku merajinkan diri untuk berpakaian kemas hari ini. Siap dengan tie. Entah kenapa. Mungkin semangat untuk ke kelas ataupun sebab lain.

“Hensem hari ni, nak mengorat awek?” tanya Syafiq dalam nada memerli.

“Kalau aku mengorat pun, memang tiada yang berkenan. Orang tak hensem, nak buat macam mana,” Hamid mengeluarkan kata-kata. Walaupun niatnya nak bergurau, tapi agak pedas. Ibarat makan cilia api rasanya.
Hadith Nabi juga menyebut, setiap amalan itu bergantung kepada niat. Jika niatnya kerana Allah, maka akan dapat pahala. Jika niat kepada selainnya, maka tidak dapat pahala. Bila mengimbau kembali perkara yang pernah aku lakukan sebelum ini, jika niatnya tidak kepada Allah, alangkah ruginya. Penat bekerja, namun dapat untung di dunia sahaja, tidak di akhirat.



“Korang jealous sebenarnya kan, ” aku cuba memerli.

“Sori la. Kitaorang sempoi je. Tak nak skema sangat,” Syafiq beritahu.

“Dah. Jom pergi kelas,” Hamid mematikan omong kosong kami.


-denker-


2 comments

Penceritaan yng sgt baik.
Penulis jugak berjaya memberi tips2 mcm mana x tdur lepas subuh..
Bersiar2 agaknya

Reply

Post a Comment