Exam Tips



'Eh, macam mana nak jadi rajin macam kau eh?'

pertamanya saya nak clarify- saya ni bukan seorang yang rajin sangat belajar. Cuma saya belajar bila rasa perlu belajar

Soalan yang selalu mengasak saya. Terutamanya bila exam semakin menghampiri. Saya rajin? Tak adalah. Cuma saya suka berusaha. Berusaha lepas tu tawakkal. Ini asasnya.

Disebabkan ada yang menyoal, maka adalah jawapannya. Saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian beberapa tips untuk 'rajin'.

2 tips sahaja : Matlamat dan Fokus

1)Matlamat

Soalan yang kita tanya diri, sebab apa kita belajar? Sebab apa perlu mencapai target 4 flat?
Tanya diri kita. Sebab cita-cita kita kah? Sebab desakan kewangan kah? Sebab famili kah?

Matlamat kena jelas kerana perkara ini akan menjadi encouragement diri. Fahami sebab perlu kita berjaya. Fikir apa hasil bila kita tidak memenuhi matlamat tersebut.

Gagal - akan menyusahkan ibubapa? akan menyebabkan hidup pada masa hadapa sengsara?

Konsistensi juga terhasil dari kejelasan seseorang dengan matlamatnya. Andainya anda tidak mempunyai matlamat, fikirkan sekarang, untuk apa anda belajar!


Muhasabah

Lazimi diri untuk muhasabah sebelum tidur. Fikirkan aktivit yang anda lakukan setiap hari dan kaitan dengan matlamat yang anda target.


2)Fokus

fokus adalah kunci utama dalam hidup manusia. Dalam solat juga Allah menekankan perkara ini. Khusuk dalam solat. Kuasa fokus akan menghasilkan impak yang besar dalam akademik. Kuasa fokus akan membantu otak untuk menghadam ilmu dengan lumat berbanding fokus yang terbahagi.

Bagaimana?

Rancang hari anda.

Bangun tidur dan rancang. Gunakan note yang kecil untuk anda list-kan apa perkara yang anda perlu settlekan hari tersebut.

-belajar fiqh (Bab Muamalat)-7 pagi
-Basuh baju - pukul 10pagi
-Call Ibu- 9.30 mlm

Dua perkara dalam list tersebut : perkara dan masa.

Kenapa method ini digunakan?

Selalunya masalah fokus ini disebabkan overload perkara yang perlu difikirkan. Seandainya anda terlibat dengan persatuan, lagi parah. Masalah dalam persatuan, akademik dan keluarga. Seandainya masalah ini anda tidak atur, fokus anda akan terbahagi.

Tengah study, tiba-tiba terfikir masalah persatuan. Perkara ini akan menyebabkan pembahagian fokus dan hasil daripada study akan berkurangan, dari sudut pemahaman dan ingatan.

Rugi.

Berbeza dengan mengatur perkara tersebut, anda akan tahu bila sepatutnya anda meletakkan diri untuk fokus terhadap 1 perkara.

Dan penting juga untuk list perkara yang anda perlu buat agar anda tidak terlepas pandang tanggungjawab anda.


p/s: untuk exam ni, cuba untuk listkan perkara yang anda perlu study agar anda tidak terlepas pandang. lepas tu, doa dan tawakkal


Selamat berjaya
Sekian sahaja. Moga bermanfaat.


Aiman.Denker
UIAM

Post a Comment