Mencari Ramadhan yang Hilang



Syawal sudah hampir melabuhkan tirai. Entah puasa 6 ke tidak. Ingin saja diri ini bersahaja. Santai-santaian dengan kehidupan. Enjoy orang katakan.

"Hidup ini sekali sahaja, so, kita enjoy!"

Kata-kata ini masih segar dalam ingatan. Bahkan sentiasa berbisik di telinga.  Kerap saja aku terpengaruh dengan kata-kata ini. Bukan apa, seronok apa main games dari pagi hingga malam, lepak-lepak dengan kawan-kawan, chatting-chatting, poking-poking bagai.

Sesekali jiwa ini tersentap. "Aku lupa nak sembahyang,". Apa yang kita buat hingga lupa dengan perkara wajib. Benarlah Firman Allah ((وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ ﴿٣٢)) Surah Al-An'am.

''Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (32)''

Aku juga menyoal diri, "dimanakah Ramadhan yang telah aku lalui dulu? Di manakah Tarbiyah Ramadhan?"

Adakah aku muslim ketika Ramadhan saja?

Di manakah Ramadhan?

Post a Comment