Pray4Mesir



Mesir. Bumi Anbiya. Lahir dari sana pelbagai individu yang hebat. Imam Syafie dan Imam Hasan Al-Banna antaranya. Hatta, terpahat dalam Al-Quran Al-Karim perkataan Mesir tatkala mengisahkan tentang Nabi Yusuf. Dari bumi itu jua munculnya, karekter-karekter yang zalim iaitu Firaun dan Haman antaranya. Sebuah bumi yang mashyur.

Selepas saja revolusi Mesir yang lahir untuk menentang regim Mubarak yang dilihat diktator, pilihan raya dilaksanakan untuk menentukan kerajaan pilihan rakyat.

Pilihan Raya dilaksanakan di Mesir menyaksikan majoriti sokongan rakyat Mesir kepada 2 tokoh besar Mesir, iaitu Ahmed Syafiq dan Muhammad Mursi. Dan, ternyata, Allah memenangkan Mursi melalui pilihan raya yang adil setelah majoriti rakyat memihak kepadanya. Jelasnya, kemenangan ini tidak disenangi oleh pihak "pro Mubarak" ataupun sekular kerana melihat kepada aliran Islam yang dipegang Mursi.

Naik saja Presiden Mursi sebagai pemerintah Mesir, banyak perkara positif yang dilakukannya. Membuka pintu Rafah yang menghubungkan Palestin dengan Mesir yang pada zaman sebelumnya ditutup rapat. Bukan itu saja, Presiden Mursi juga lantang memperjuangkan isu umat Islam terutamanya di Palestin dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.  Begitu juga dengan pembangunan ekonomi Mesir yang begitu pesat dengan membina kilang-kilang di Mesir yang menjadikan harga barang lebih murah. Terusan Suez turut dibangunkan yang turut menjana perkembangan ekonomi Mesir.

Pada November 2012, pindaan draf ingin dilakukan. Untuk itu, perlunya pungutan suara dari rakyat Mesir. Setelah dilaksanakan, 60% rakyat setuju. Namun begitu, pihak yang tidak bersetuju terus melahirkan rasa tidak puas hati. Mursi bertindak bijak dengan mengumpulkan wakil-wakil untuk membincangkan mengenai perkara tersebut. Dialog kebangsaan juga dilaksanakan, namun, pihak pembangkang menolak perkara tersebut dan seterusnya mereka menubuhkan kumpulan Tamarud. Mereka bukan sahaja menolak perlembagaan tersebut, bahkan menolak Mursi sebagai Presiden Mesir.

Mursi digulingkan. Satu kejutan yang dilakukan oleh pihak tentera. Sebuah kerajaan yang sah setelah dilakukan pilihan raya digulingkan atas alasan takut negara Mesir di'ikhwan'kan oleh Mursi. Para penyokong Mursi seterusnya melakukan demonstrasi dijalanan yang berlarutan sehingga hari ini. Membangkang tindakan pihak tentera yang menyorokkan Mursi dan mengambil alih Mesir dengan cara tidak sah.

Jelasnya, tindakan rakyat Mesir itu menjejaskan kerajaan sementara. Tekanan demi tekanan terpaksa dihadapi terutamanya dari Turki yang jelas pendiriannya yang mahukan Mursi dikembalikan jawatannya sebagai Presiden Mesir yang sah.

Sehinggalah yang terbaru, kerajaan yang terdesak akhirnya mengisytiharkan darurat dan bertindak membunuh ribuan penduduk Mesir.

"Ya Allah, selamatkanlah saudara kami disana. Turunkanlah tenteraMu untuk mereka."

Post a Comment