Wassap On PC

Akhir-akhir ini ramai sekali yang mula melangkah untuk mencuba aplikasi whasapp. Aplikasi ini digunakan orang umumnya untuk mesej, hantar video, gambar, termasuklah group mesej. Kelebihan yang ada pada aplikasi ini adalah, Perkhidmatannya adalah PERCUMA!

 Namun, sayangnya, ianya hanya dapat digunakan oleh pengguna iOs, android kebanyakannya.

 Usah risau, kepada bukan pemilik aplikasi android mahupun iOs, disini terdapat alternatif untuk membantu anda bagi tujuan tersebut kerana ia boleh digunakan di PC anda. Dan, ofkos, ianya percuma 4 Langkah Mudah :

-Buka website dan download BlueStack :  http://www.bluestacks.com/bstk-download-success-2.htm
-Install sofware tersebut (Kemungkinan ia meminta anda untuk upgrade graphic pc anda)
-Download Whatsapp (http://www.whatsapp.com/), pilih dowload untuk android dan Install
-Succed :)

 selamat berjaya

 p/s : untuk makluman, anda juga boleh menggunakan BlueStack untuk tujuan lain, sama fungsi dengan android



Exam Tips



'Eh, macam mana nak jadi rajin macam kau eh?'

pertamanya saya nak clarify- saya ni bukan seorang yang rajin sangat belajar. Cuma saya belajar bila rasa perlu belajar

Soalan yang selalu mengasak saya. Terutamanya bila exam semakin menghampiri. Saya rajin? Tak adalah. Cuma saya suka berusaha. Berusaha lepas tu tawakkal. Ini asasnya.

Disebabkan ada yang menyoal, maka adalah jawapannya. Saya ingin berkongsi dengan pembaca sekalian beberapa tips untuk 'rajin'.

2 tips sahaja : Matlamat dan Fokus

1)Matlamat

Soalan yang kita tanya diri, sebab apa kita belajar? Sebab apa perlu mencapai target 4 flat?
Tanya diri kita. Sebab cita-cita kita kah? Sebab desakan kewangan kah? Sebab famili kah?

Matlamat kena jelas kerana perkara ini akan menjadi encouragement diri. Fahami sebab perlu kita berjaya. Fikir apa hasil bila kita tidak memenuhi matlamat tersebut.

Gagal - akan menyusahkan ibubapa? akan menyebabkan hidup pada masa hadapa sengsara?

Konsistensi juga terhasil dari kejelasan seseorang dengan matlamatnya. Andainya anda tidak mempunyai matlamat, fikirkan sekarang, untuk apa anda belajar!


Muhasabah

Lazimi diri untuk muhasabah sebelum tidur. Fikirkan aktivit yang anda lakukan setiap hari dan kaitan dengan matlamat yang anda target.


2)Fokus

fokus adalah kunci utama dalam hidup manusia. Dalam solat juga Allah menekankan perkara ini. Khusuk dalam solat. Kuasa fokus akan menghasilkan impak yang besar dalam akademik. Kuasa fokus akan membantu otak untuk menghadam ilmu dengan lumat berbanding fokus yang terbahagi.

Bagaimana?

Rancang hari anda.

Bangun tidur dan rancang. Gunakan note yang kecil untuk anda list-kan apa perkara yang anda perlu settlekan hari tersebut.

-belajar fiqh (Bab Muamalat)-7 pagi
-Basuh baju - pukul 10pagi
-Call Ibu- 9.30 mlm

Dua perkara dalam list tersebut : perkara dan masa.

Kenapa method ini digunakan?

Selalunya masalah fokus ini disebabkan overload perkara yang perlu difikirkan. Seandainya anda terlibat dengan persatuan, lagi parah. Masalah dalam persatuan, akademik dan keluarga. Seandainya masalah ini anda tidak atur, fokus anda akan terbahagi.

Tengah study, tiba-tiba terfikir masalah persatuan. Perkara ini akan menyebabkan pembahagian fokus dan hasil daripada study akan berkurangan, dari sudut pemahaman dan ingatan.

Rugi.

Berbeza dengan mengatur perkara tersebut, anda akan tahu bila sepatutnya anda meletakkan diri untuk fokus terhadap 1 perkara.

Dan penting juga untuk list perkara yang anda perlu buat agar anda tidak terlepas pandang tanggungjawab anda.


p/s: untuk exam ni, cuba untuk listkan perkara yang anda perlu study agar anda tidak terlepas pandang. lepas tu, doa dan tawakkal


Selamat berjaya
Sekian sahaja. Moga bermanfaat.


Aiman.Denker
UIAM

Cinta Anta Anti

EMOSI : POSITIF ATAU NEGATIF ??


"Emosi boleh menghancurkan seseorang lebih cepat berbanding masalah yang mendatangkan emosi tersebut"

Apabila kesusahan atau masalah datang, kebiasaannya emosi negatif kita akan meningkat. Kita cenderung menjadi panik, stress, marah dan mengalami kesedihan melampau. Itu semua akan memberi kesan kepada tindakan kita selepas itu. Kadang-kadang masalah yang datang, bukanlah punca utama kesusahan yang berterusan dalam diri kita, tetapi emosi negatif yang menguasai diri menjadi punca utama.

Sebesar mana pun masalah yang dihadapi, kita harus berusaha untuk tetap tenang dan tidak emosional. Jangan sampai hati yang panas akibat tekanan emosi mempengaruhi pemikiran kita. Seandainya kita mampu mengawal emosi kita,kita boleh dianggap sebagai manusia dan muslim yang berjaya kerana mampu menangkis hasutan dan godaan syaitan laknatullah yang sentiasa berusaha untuk mencelah masuk dalam ruang kehidupan manusia melalui emosi dan amarah yang membara..

Oleh itu, jagalah emosi kita dan terus tersenyum menghadapi ujian dan rintangan dunia yang penuh pancaroba ini.. =)

<kilauan>

via : syed alwi alatas / mudahkan jangan susahkan

Komik : Minyak

current issue

Sunnah Berserban


Berikut adalah cara2 memakai serban.
~Selamat mencuba~


Mencari Ramadhan yang Hilang



Syawal sudah hampir melabuhkan tirai. Entah puasa 6 ke tidak. Ingin saja diri ini bersahaja. Santai-santaian dengan kehidupan. Enjoy orang katakan.

"Hidup ini sekali sahaja, so, kita enjoy!"

Kata-kata ini masih segar dalam ingatan. Bahkan sentiasa berbisik di telinga.  Kerap saja aku terpengaruh dengan kata-kata ini. Bukan apa, seronok apa main games dari pagi hingga malam, lepak-lepak dengan kawan-kawan, chatting-chatting, poking-poking bagai.

Sesekali jiwa ini tersentap. "Aku lupa nak sembahyang,". Apa yang kita buat hingga lupa dengan perkara wajib. Benarlah Firman Allah ((وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا لَعِبٌ وَلَهْوٌ ۖ وَلَلدَّارُ الْآخِرَةُ خَيْرٌ لِّلَّذِينَ يَتَّقُونَ ۗ أَفَلَا تَعْقِلُونَ ﴿٣٢)) Surah Al-An'am.

''Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? (32)''

Aku juga menyoal diri, "dimanakah Ramadhan yang telah aku lalui dulu? Di manakah Tarbiyah Ramadhan?"

Adakah aku muslim ketika Ramadhan saja?

Di manakah Ramadhan?