EMOSI : POSITIF ATAU NEGATIF ??


"Emosi boleh menghancurkan seseorang lebih cepat berbanding masalah yang mendatangkan emosi tersebut"

Apabila kesusahan atau masalah datang, kebiasaannya emosi negatif kita akan meningkat. Kita cenderung menjadi panik, stress, marah dan mengalami kesedihan melampau. Itu semua akan memberi kesan kepada tindakan kita selepas itu. Kadang-kadang masalah yang datang, bukanlah punca utama kesusahan yang berterusan dalam diri kita, tetapi emosi negatif yang menguasai diri menjadi punca utama.

Sebesar mana pun masalah yang dihadapi, kita harus berusaha untuk tetap tenang dan tidak emosional. Jangan sampai hati yang panas akibat tekanan emosi mempengaruhi pemikiran kita. Seandainya kita mampu mengawal emosi kita,kita boleh dianggap sebagai manusia dan muslim yang berjaya kerana mampu menangkis hasutan dan godaan syaitan laknatullah yang sentiasa berusaha untuk mencelah masuk dalam ruang kehidupan manusia melalui emosi dan amarah yang membara..

Oleh itu, jagalah emosi kita dan terus tersenyum menghadapi ujian dan rintangan dunia yang penuh pancaroba ini.. =)

<kilauan>

via : syed alwi alatas / mudahkan jangan susahkan

Post a Comment