Kembara Hidup [Part 1]



Kembara Hidup

Part 1


Pagi yang hening. Aku hanya sendirian di pondok kecil berhampiran kediaman kolej. Melihat indahnya ciptaan tuhan. Pagi yang begitu nyaman udara untuk dihirup, dingin saja suhunya untuk dinikmati. Pemandangan yang begitu indah. Namun, sedikit saja manusia yang menikmatinya. Lagi ramai yang rela dinoda dengan nafsu tidur. Walaupun hakikat sebenarnya, 5 jam sahaja sudah memadai. Apatah lagi dalam Islam, tidak digalakkan selepas waktu subuh. “Mungkin mereka tidak tahu agaknya,” cetus hati kecilku. Namun, tidak kurang juga mereka yang sedar dengan hakikat ini, bahkan tahu keburukan perkara ini, namun tidak terdaya dek kerana perkara ini sudah dijadikan adat dalam kehidupan.

Aku tarik nafas dalam-dalam. Hembus.

Teringat pula kisah si burung yang berpagi-pagi lagi keluar mencari makanan untuk diri dan anak-anak. Risau bila lewat keluar, terlepas rezki pada hari tersebut. Sayangnya, tak ramai yang ambil ibrah dari kisah tersebut.

“Oi, buat apa tu Mad? Tengah mengelamun ke?” jerit Syafiq dari tingkap bilik. Dia merupakan sahabat yang terbaik pernah aku ada. Kelas, makan, minum semuanya sekali dengan dia.

“Tak lah, tengah tengok tv,” ujar aku yang bersoloroh pada pagi hari.

“Lucu nya sangat-sangat,” balas Syafiq.

“Jom bersiap. Kelas pukul 8,”

Aku melihat jam tepat 7.30 pagi. Memang selalunya begitulah. Segala persiapan yang aku lakukan, untuk buat kerja mahupan ke kelas awalnya hanya 30 minit. Nak mandi, nak siapkan assignment, presentation hatta nak sarapan pun dalam jangka masa tersebut. Maklumlah, hero tak tergesa-gesa, last minit baru muncul. Tapi, itu hakikat dalam filem. Tapi digunakan dalam kehidupan seharian. Ataupun mungkin kerana lelaki sifatnya macam tu kot. Boleh terima ke? Entah lah.
___________________


Aku merajinkan diri untuk berpakaian kemas hari ini. Siap dengan tie. Entah kenapa. Mungkin semangat untuk ke kelas ataupun sebab lain.

“Hensem hari ni, nak mengorat awek?” tanya Syafiq dalam nada memerli.

“Kalau aku mengorat pun, memang tiada yang berkenan. Orang tak hensem, nak buat macam mana,” Hamid mengeluarkan kata-kata. Walaupun niatnya nak bergurau, tapi agak pedas. Ibarat makan cilia api rasanya.
Hadith Nabi juga menyebut, setiap amalan itu bergantung kepada niat. Jika niatnya kerana Allah, maka akan dapat pahala. Jika niat kepada selainnya, maka tidak dapat pahala. Bila mengimbau kembali perkara yang pernah aku lakukan sebelum ini, jika niatnya tidak kepada Allah, alangkah ruginya. Penat bekerja, namun dapat untung di dunia sahaja, tidak di akhirat.



“Korang jealous sebenarnya kan, ” aku cuba memerli.

“Sori la. Kitaorang sempoi je. Tak nak skema sangat,” Syafiq beritahu.

“Dah. Jom pergi kelas,” Hamid mematikan omong kosong kami.


-denker-


Pray4Mesir



Mesir. Bumi Anbiya. Lahir dari sana pelbagai individu yang hebat. Imam Syafie dan Imam Hasan Al-Banna antaranya. Hatta, terpahat dalam Al-Quran Al-Karim perkataan Mesir tatkala mengisahkan tentang Nabi Yusuf. Dari bumi itu jua munculnya, karekter-karekter yang zalim iaitu Firaun dan Haman antaranya. Sebuah bumi yang mashyur.

Selepas saja revolusi Mesir yang lahir untuk menentang regim Mubarak yang dilihat diktator, pilihan raya dilaksanakan untuk menentukan kerajaan pilihan rakyat.

Pilihan Raya dilaksanakan di Mesir menyaksikan majoriti sokongan rakyat Mesir kepada 2 tokoh besar Mesir, iaitu Ahmed Syafiq dan Muhammad Mursi. Dan, ternyata, Allah memenangkan Mursi melalui pilihan raya yang adil setelah majoriti rakyat memihak kepadanya. Jelasnya, kemenangan ini tidak disenangi oleh pihak "pro Mubarak" ataupun sekular kerana melihat kepada aliran Islam yang dipegang Mursi.

Naik saja Presiden Mursi sebagai pemerintah Mesir, banyak perkara positif yang dilakukannya. Membuka pintu Rafah yang menghubungkan Palestin dengan Mesir yang pada zaman sebelumnya ditutup rapat. Bukan itu saja, Presiden Mursi juga lantang memperjuangkan isu umat Islam terutamanya di Palestin dengan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.  Begitu juga dengan pembangunan ekonomi Mesir yang begitu pesat dengan membina kilang-kilang di Mesir yang menjadikan harga barang lebih murah. Terusan Suez turut dibangunkan yang turut menjana perkembangan ekonomi Mesir.

Pada November 2012, pindaan draf ingin dilakukan. Untuk itu, perlunya pungutan suara dari rakyat Mesir. Setelah dilaksanakan, 60% rakyat setuju. Namun begitu, pihak yang tidak bersetuju terus melahirkan rasa tidak puas hati. Mursi bertindak bijak dengan mengumpulkan wakil-wakil untuk membincangkan mengenai perkara tersebut. Dialog kebangsaan juga dilaksanakan, namun, pihak pembangkang menolak perkara tersebut dan seterusnya mereka menubuhkan kumpulan Tamarud. Mereka bukan sahaja menolak perlembagaan tersebut, bahkan menolak Mursi sebagai Presiden Mesir.

Mursi digulingkan. Satu kejutan yang dilakukan oleh pihak tentera. Sebuah kerajaan yang sah setelah dilakukan pilihan raya digulingkan atas alasan takut negara Mesir di'ikhwan'kan oleh Mursi. Para penyokong Mursi seterusnya melakukan demonstrasi dijalanan yang berlarutan sehingga hari ini. Membangkang tindakan pihak tentera yang menyorokkan Mursi dan mengambil alih Mesir dengan cara tidak sah.

Jelasnya, tindakan rakyat Mesir itu menjejaskan kerajaan sementara. Tekanan demi tekanan terpaksa dihadapi terutamanya dari Turki yang jelas pendiriannya yang mahukan Mursi dikembalikan jawatannya sebagai Presiden Mesir yang sah.

Sehinggalah yang terbaru, kerajaan yang terdesak akhirnya mengisytiharkan darurat dan bertindak membunuh ribuan penduduk Mesir.

"Ya Allah, selamatkanlah saudara kami disana. Turunkanlah tenteraMu untuk mereka."

Simfoni Cinta Buat Sahabat


" Segala nikmat yang ada kepada kamu, maka adalah daripada Allah, kemudian apabila kamu ditimpa kesusahan maka kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan"
Sahabat..
Kuatnya dirimu apabila diuji..
Kentalnya hatimu apabila disakiti..
Tabahnya dirimu apabila bersendiri..

Sahabat..
Aku tahu tidak kau pinta ujian dari Illahi..
Tidak kau duga ujiannya adalah sebegini..
Namun yang pasti..
Diberi ujian padamu kerana Dia tahu akan kemampuanmu..
Dia juga tahu dimana letaknya kekuatan hatimu..

Sabarlah duhai sahabat..
Letakkanlah pergantunganmu kepadaNya..
Kerana..
Dia Maha Kuasa..
Dia Maha Bijaksana..
Dia Tahu akan Segala-Galanya..

Sahabat..
Luahkanlah padaNya..
Segala kesakitanmu..
Segala kesedihanmu..
Segala duka laramu..
Kerana penawar itu ada padaNya..


Ku lakarkan simfoni cinta ini buatmu sahabatku,
Agar dikau kan terus kuat dan tabah menempuhi ujian ini..

Salam Mahabbah Sekencang Dakwah
Buatmu, sahabatku..

_PemburuCintaIllahi/LensaHikmah_



Menang @ Mati sebagai Syuhada'


“Wahai orang-orang yang beriman,
jadilah kamu pembantu Allah sebagaimana golongan Hawariyyun...”
Di bawah lembayung kisah akidah..
Al Quran bergema dengan seruan indah..
Keatas seluruh orang yang beriman..
Kepada satu perniagaan paling mengguntungkan di dunia dan akhirat..
Iaitu perniagaan “Beriman kepada Allah dan Berjihad dijalanNya”..

Di mana lagi tempat yang lebih tinggi berbanding kedudukan sebagai pembantu Allah?
Inilah janji yang lebih tinggi daripada janji syurga dan kenikmatannya.
“Jadilah Pembantu Allah”.
Perolehilah kemuliaan besar ini. 

Bersiap-sedialah dari sekarang..
Islam bakal memerlukanmu kelak..
Demi menggapai sebuah impian..
Menang atau Mati sebagai Syuhada'..


Salam Mahabbah Sekencang Dakwah,
_PemburuCintaIllahi/LensaHikmah_