Mesir : 30 Julai



[ Terkini Isu Semasa Mesir ]

Selasa | 30 Julai 2013 | 11.27 malam

SAUDI RASUAH AS-SISI USD 1 BILLION

Akhbar Amerika "Washington Time" melaporkan kenyataan seorang aktivis Saudi yang lantang memperjuangkan basmi penyelewengan, Mujtaheed bin Harith bin Humam mendakwa Raja Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz memberikan rasuah berjumlah USD 1 billion kepada Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fatah As-Sisi bagi menjayakan misi operasi menyingkirkan Presiden Mesir yang sah, Muhammad Mursi.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

via PMRAM@fb

Ramadhan Ini!



Sedar atau tidak, ramadhan sudah berbaki berbaki beberapa hari lagi. Ada kemungkinan, ini Ramadhan terakhir buat kita. Ada kemungkinan tidak. Segalanya telah ditentukan Allah.

Ramadhan. Penghulu segala bulan. Bulan di mana turunnya Al-Quran. Bulan di mana adanya sebuah malam yang teramat istimewa, iaitu lailatul qadar.

Namun, hari ini(23 Ramadhan), cukup terkilan. Melihat sesetengah golongan muslim yang tidak puasa. Bukan kanak-kanak, tetapi dewasa. Malahan, bilangan jemaah ke masjid juga semakin kurang. Walhal, 10 malam terakhir, kita digalakkan untuk memperbanyakkan ibadah untuk menggapai Lailatul Qadar.

Tidak kurang juga, yang puasa, tetapi banyak melakukan perkara keji. Mengumpat, menfitnah dan sebagainya. Sama sahaja baginya dengan bulan-bulan yang lain. Cuma bezanya bulan Ramadhan, kena puasa.

Jujurnya, adakah kita menganggap Ramadhan ini satu adat? Puasa kerana ia satu tradisi?

Tiada penghayatan dalam diri. Tidak lahir rasa ingin berlumba-lumba untuk mendapatkan ganjaran yang besar dari Allah pada bulan ini. Adakah puasa kita hanya semata-mata puasa? Golongan yang mana digelarkan mereka yang penat dengan lapar dan dahaga. Walhal, mereka tidak mendapat apa-apa dari kepenatan itu?



"Ramai di antara orang yang berpuasa tidak memperolehi sesuatu dari puasanya, kecuali rasa lapar dan dahaga."



Sepatutnya, kita menjadikan Ramadhan sebagai turning point untuk berubah kearah yang lebih baik. Mujahadah melawan nafsu. Menjadi insan yang bertaqwa.

Taqwa. Itu adalah tujuan berpuasa. Taqwa.

Belum terlambat lagi sahabat. Terus Mujahadah!


Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah
diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.
(QS Al Baqarah : 183)